Wednesday, December 5, 2012

New Semester!

Assalamualaikum :)

Dah lama jugak aku tak sentuh blog ni. Haha. Sorry. Busy sikit. Aku dah mula pergi roadshow kat uitm Shah Alam and kat Taman Layang-layang. So far, aku still tak boleh bercakap dengan orang in public. Segan may be? Entahlah. But bila cakap dengan orang lain about something, aku okay sangat. Family and friends aku pun cakap aku ni friendly sangat. Senang berkomunikasi dengan orang but when it comes to customer, aku jadi kaku. diam. gagap. senyap. bisu. In other word for me is SPEECHLESS. Haha, lepas tu, aku dah mula stop dengan roadshow. May be aku kena start dengan orang-orang yang aku kenal dulu. Kan? Senang.

Untuk semester baru ni aku masuk uitm, sekarang dah hari kedua aku masuk class. Aku dapat roommates barukatil barubilik baru, but benda lain semua lama. Haha. Every sem mesti aku dapat roommates baru. Bilik baru and katil baru. Memang lumrah hidup aku dalam uitm kot. HAHA. Tapi aku berjaya tempuhi semua tu. Aku selalu ingat kata-kata mak yang AKU DISINI UNTUK BELAJAR. Bukan untuk bergaduh dengan orang. Pedulikan apa orang nak kata pasal aku janji aku stop berkata pasal orang.

Memang lumrah wanita berkata tentang orang lain. Tak baik tu, aku tahu. Aku cuba ubah diri aku. Aku bukan mengata but aku suka bercerita apa yang aku tahu. Bukan niat aku nak sakitkan hati orang but niat aku baik. Mulut aku kena ubah semua ni. Dengan business aku yang baru nak mula ni, aku harapkan family and kawan-kawan aku support aku. Bukan sebab aku nak untung, sebab business ni mengubah aku untuk menjadi orang yang lebih matang, leih peka, lebih berilmu, lebih rajin, lebih berfikir positif, lebih baik dari aku yang dulu. Aku ingin mengubah diri aku dari yang dulu yang aku ni sentiasa berfikiran negatif, emotional, ego, pemalas dan banyak lagilah.

Semester baru ni, aku jadikan macam tahun baru dengan azam yang baru. Aku nak buktikan kepada family and kawan-kawan aku yang aku bukanlah budak kecik lagi. Aku bukanlah perempuan yang tak tahu apa. Bab orang omputih kata "STUPID PRETTY GIRL". Aku cakap macam ni sebab orang cakap aku ni ada rupa, comel lah yang selalu aku dengar but slow. Mak aku cukup marah kalau akak aku kata aku pemalas but instead cakap aku slow. Aku terasa sangat but aku dah biasa dengan semua ni. May be aku memang slow but aku tak boleh terima. Aku nak tunjukkan dekat dorang yang aku bukan slow!

Aku jugak macam orang lain. Aku cuba untuk jadi fast-learner macam orang lain tapi aku tak boleh. Aku sedih bila aku fikirkan balik benda ni semua. Aku ni cacat ke? Setahu aku, aku tak cacat. Aku tak cakap aku sempurna but aku just cakap aku just sama dengan orang lain. May be aku tak tahu banyak benda macam orang lain, itu yang menunjukkan aku ni slow. Mungkin sebab tu jugak, bila bab membaca and kira-kira, aku tak berapa boleh. Kelebihan aku hanyalah dengan melukis. Bukan terer dalam melukis but at least aku boleh. Tak sehebat dengan kawan-kawan aku tapi aku cuba jadi lebih baik dari aku dulu sebelum ni.

Setakat ni, subject baru untuk part 4 ni adalah ENT 300, subject ni kira-kira but this week, lecturer tak masuk lagi. May be time table akan dirombak balik disebabkan class D for this sem terpaksa digugurkan. So, there is no more class D. Just ada class A, B and C. Kesian class D. Nasib baik aku class A. Dari sem 1 sampai sekarang aku class A je. HAHA. Subject baru lagi adalah VCL 265, subject sejarah. Biasalah. History dari sem 1 lagi. Mesti ada je. Aku dah lah kurang sikit bila bab membaca, tapi alhamdulillah, aku lepas sampai sekarang (: Subject graphic ada 2 je. Advertsing oleh En. Junid and 3D Animation oleh Cik Pah. Actually, Cik Pah ni dah kahwin, so, tak boleh panggil cik dah. Panggil Puan (: Congrats Puan Pah!

Last subject is elective. Seperti biasa, aku still amek subject photography. Aku memang minat but gambar yang aku tangkap, tak adalah gempak mana. Alhamdulillah, setakat niaku dapat buat for last sem even though aku tak dpat score A pun. Aku cukup bersyukur sebab pointer aku naik sangat. Alhamdullilah (:

Hope sem 4 ni, aku dapat struggle lagi untuk naik dan terus naik pointer aku. Doakan aku k followers? :p Haha, aku akan doakan jugak kepada rakan-rakan seperjuangan aku dalam apa juga bidang berjaya tempuhi dugaan and cabaran yang mendatang tak kiralah tengah belajar or dah kerja nanti (: Amin.

Okaylah, sampai disini sahajalah coretan aku.

Assalamualaikum (:

Tuesday, November 6, 2012

STS (:

Assalamualaikum (:



Semalam, aku pergi STS ( Success Training Seminar ) di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Banyak benda aku belajar actually. Ramai orang dah berjaya dalam Herbalife ni. Kata-kata dorang semua membuatkan aku rasa semangat nak guna Herbalife and nak bagi family and kawan-kawan aku guna product ni. Bagi aku, Herbalife bagus sebab Herbalife mampu mengubah hidup seseorang tu. Macam kata-kata dari speaker semalam, ORANG-ORANG YANG LUAR BIASA. Macam-macam cerita dorang aku dengar. Macam-macam cara dorang ajar. Dan macam-macam benda baru yang aku belajar.

At least, cuti sem ni, aku tak membazirkan masa aku dengan tidur makan je kan? HAHA. Aku kena ubah waktu aku tidur sekarang. Kena tidur waktu yang betul. Aku tengok orang-orang kat sana semuanya cergas even though orang tu dah pencen, dia still active. Bertenaga. Dorang buat aku lagi bersemangat tentang Herbalife ni. Bila aku balik je, aku tak sempat bukak tudung lagi, aku bercerita macam-macam kat mak aku. Mak aku sokong aku. Mak aku senyum. May be mak aku suka apa yang aku buat. Terima kasih mak (:

Btw, korang ingat lagi entry aku cerita pasal Firdaus Bob dari cerita Masterchef Malaysia Season 2? Time aku pergi seminar semalam, aku sempat lagi tangkap gambar dengan dia. Wahhh. Suka! :)



Haha. Handsome kan? Dia dah kahwinlah! HAHA. Bye (:

Assalamulaikum :)

Saturday, November 3, 2012

Astagfirullahaladzim :'(


Assalamualaikum,

Astagfirullahaladzim, aku rasa hati aku sakit sangat. Aku nak nangis but aku tahan je. Aku tak nak mak tahu. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang tahu perasan aku sekarang.

Ya Allah, kuatkanlah diriku ini Ya Allah. Aku memohon padaMu Ya Allah. Tabahkan hati ku ini untuk menerima semua ini. Amin.

Assalamualaikum.

About Herbalife Shake (: